Khamis, 5 March 2020 | 11:05am
Kakitangan perubatan memeriksa maklumat pesakit dijangkiti COVID-19 sebelum berpindah dari Wuhan No.3 Hospital ke Huoshenshan Hospital di Wuhan. - Foto AFP
Kakitangan perubatan memeriksa maklumat pesakit dijangkiti COVID-19 sebelum berpindah dari Wuhan No.3 Hospital ke Huoshenshan Hospital di Wuhan. - Foto AFP

Kematian akibat COVID-19 di China melepasi 3,000 orang

BEIJING: Sebanyak 31 lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di China, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban seramai 3,012 orang setakat ini.

Sebanyak 2,305 daripada jumlah itu direkodkan di Wuhan, pusat penularan coronavirus itu, walaupun bandar berkenaan di bawah perintah berkurung sejak Januari lalu.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini turut melaporkan 139 kes baharu, meningkat berbanding 119 sebelum ini, menjadikan jumlah jangkitan positif akibat virus itu sebanyak 80,409 kes.

Sebanyak 131 daripada keseluruhan kes baharu itu direkodkan di Wuhan.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan yang ketara walaupun sebelum ini dilaporkan jumlah kes menurun selama tiga hari berturut-turut.

Bagaimanapun, di luar Hubei, hanya lima kes baharu dicatatkan, hasil kesedaran orang awam bagi membendung wabak berkenaan. - AGENSI

Berita Harian X