Rabu, 26 Februari 2020 | 10:38am
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

China kuarantin 94 penumpang pesawat dari Seoul

BEIJING: China mengkuarantin 94 penumpang sebuah pesawat yang tiba dari Seoul selepas tiga orang dalam penerbangan itu didapati mengalami demam, media negara melaporkan hari ini.

Ketiga-tiga penumpang, semua warga China, tiba di bandar Nanjing pagi semalam dan dikenal pasti dijangkiti COVID-19 apabila kakitangan kastam menaiki pesawat selepas pendaratan untuk menyaring penumpang bagi mengesan simptom, kata penyiar negara China, CCTV.

Mereka segera dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk pengasingan dan ujian, manakala 94 orang yang duduk berhampiran mereka dalam pesawat itu dihantar ke sebuah hotel untuk dikuarantin, kata CCTV.

Tiada seorang daripada tiga yang demam itu mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan, bandar di mana wabak itu berasal.

Korea Selatan adalah antara negara yang melaporkan lonjakan dalam kes COVID-19 sejak kebelakangan ini walaupun jumlah kes baharu menurun di pusat penyebaran wabak itu di China.

Seoul semalam melaporkan kematian ke-11 akibat COVID-19 di negara itu dan 169 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,146 kes setakat ini, jumlah terbesar di luar China. - AFP

Berita Harian X