Ahad, 23 Februari 2020 | 8:01am

COVID-19: 97 lagi kematian di China

BEIJING: Angka kematian akibat COVID-19 meningkat kepada 2,442 orang selepas 97 lagi kematian direkodkan di negara itu.

Majoriti kematian direkodkan di Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, lokasi yang dikenal pasti mencetuskan kes pertama pada Disember lalu.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Hubei, wilayah itu turut melaporkan 648 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 76,936 kes di seluruh China.

COVID-19 kini tersebar di lebih 25 negara dan ia mencetuskan kebimbangan berikutan penyebarannya kini dilaporkan di Eropah, Asia Barat dan Asia.

China turut mencetuskan kekeliruan mengenai jumlah kes apabila negara itu kerap menukar kaedah pengiraan sekali gus merumitkan usaha mengesan penularan virus berkenaan.

Berita Harian X