Khamis, 20 Februari 2020 | 1:21pm
KAPAL persiaran Diamond Princess. - Foto AFP
KAPAL persiaran Diamond Princess. - Foto AFP

COVID-19: 2 penumpang kapal persiaran meninggal dunia

TOKYO: Dua warga emas yang dikuarantin kerana positif dijangkiti COVID-19 dalam kapal persiaran di perairan Jepun meninggal dunia, lapor media tempatan.

Laporan agensi penyiaran NHK dan media tempatan yang memetik sumber kerajaan itu berkata, dua yang maut itu ialah penumpang lelaki dan wanita berusia lingkungan 80-an.

Setakat ini, tiada pengesahan daripada Kementerian Kesihatan Jepun.

Ia adalah kes kematian pertama COVID-19 membabitkan 600 orang daripada 3,711 penumpang dan kru dalam kapal persiaran Diamond Princess yang disahkan dijangkiti COVID-19.

Kapal persiaran berkenaan diperintah untuk dikuarantin selepas berlabuh di pelabuhan di Yokohama, sejak 5 Februari lalu. - AFP

Berita Harian X