Selasa, 18 Februari 2020 | 9:59am
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Ginza. - Foto AFP
ORANG ramai memakai topeng muka ketika ditemui di Ginza. - Foto AFP

Jepun mula cuba rawatan HIV bagi ubati COVID-19

TOKYO: Jepun akan memulakan kaedah rawatan HIV bagi mengubati pesakit COVID-19.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga, berkata mereka kini sedang bersedia untuk melakukan ujian klinikal.

“Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan berapa lama lagi diperlukan sebelum kaedah rawatan itu diluluskan,” katanya.

Jepun kini mengesahkan lebih 500 kes COVID-19, lebih 450 daripadanya diatas kapal persiaran di pelabuhan Yokohama. - Reuters

Berita Harian X