Isnin, 17 Februari 2020 | 12:01am
Dua buah bas tiba di sebelah kapal pelayaran Diamond Princess, di Terminal Daikaku Pier Cruise di pelabuhan Yokohama. - Foto AFP
Dua buah bas tiba di sebelah kapal pelayaran Diamond Princess, di Terminal Daikaku Pier Cruise di pelabuhan Yokohama. - Foto AFP

Pemindahan penumpang AS dimulakan

YOKOHAMA: Penumpang dari Amerika Syarikat (AS) yang menaiki kapal persiaran dan dikuarantin di Jepun awal Isnin lalu, mula dipindahkan dengan menaiki puluhan bas di pelabuhan Yokohama.

Tinjauan AFP mendapati, beberapa bas mula beredar dari kapal berkenaan walaupun tidak terus berlepas dari pelabuhan.

Penumpang dari AS, Sarah Arana, yang mengesahkan perkara itu kepada AFP memaklumkan beliau menaiki bas berkenaan dan dijangka berlepas ke negara asal menaiki penerbangan sewaan khas.

Bagaimanapun, beliau tidak dimaklumkan sama ada akan dibawa ke pangkalan tentera di California atau Texas.

“Kami perlu berada di sini hingga bas dipenuhkan dengan penumpang, sebelum dibenarkan untuk beredar,” katanya.

Dua penerbangan sewaan khas akan membawa pulang penumpang ke AS dengan sebahagiannya menetap di pangkalan askar di California, manakala bakinya di Texas.

Semua warga AS yang meninggalkan kapal persiaran berkenaan akan dikuarantin 14 hari di negara asal. - AFP

Berita Harian X