Ahad, 9 Februari 2020 | 9:30am
Pokok tumbang akibat siklon tropika Damien melanda Dampier, Australia Barat dalam imej pegun dari video yang diperoleh melalui media sosial. - Foto REUTERS
Pokok tumbang akibat siklon tropika Damien melanda Dampier, Australia Barat dalam imej pegun dari video yang diperoleh melalui media sosial. - Foto REUTERS

Banjir, ribut, hujan lebat melanda pantai Australia

MELBOURNE: Kebakaran belukar yang teruk di beberapa bahagian di Barat Australia, hari ini dengan kawasan lain di negeri itu berhadapan dengan angin kencang, manakala di pantai timur pula menghadapi banjir kilat boleh mengancam nyawa.

Selepas beberapa bulan kebakaran hutan yang merosakkan berjuta-juta hektar tanah, sejak beberapa minggu lalu di Australia berlaku perubahan cuaca yang membawa hujan lebat, angin ribut, udara panas dan kering.

Kebakaran di barat Australia hari ini merebak di beberapa daerah, menurut Perkhidmatan Kebakaran dan Biro Meteorologi negara.

"Cuaca sangat panas di Eucla, dengan suhu di daerah itu diramal mencecah 42 Celsius," kata Biro Meteorologi di laman webnya.

Semalam, di barat Australia juga dilaporkan angin kencang dengan kelajuan sehingga 200 kilometer sejam, susulan ketibaan ribut Damien.

Tiada kerosakan dilaporkan dan angin kencang itu dijangka bergerak ke pedalaman, dengan kelajuan tiupan 100 kilometer sejam.

Di pantai Australia, Sydney dan di New South Wales berada dalam bahaya berikutan banjir kilat yang mengancam nyawa apabila hujan berterusan.

Biro Meteorologi negara berkata terdapat potensi hujan dan banjir yang mengancam nyawa, dan hakisan pantai, walaupun sedikit bahaya banjir sungai kerana paras air rendah dan kemarau berterusan.

Di Queensland, ahli meteorologi turut memberi amaran mengenai banjir kilat hari ini

- Reuters

Berita Harian X