Khamis, 6 Februari 2020 | 3:50pm
HUTAN di sekitar barat Australia yang terbakar.
HUTAN di sekitar barat Australia yang terbakar.

Ribut taufan, banjir beri 'rehat' pada Australia selepas kebakaran hutan

SYDNEY: Warga Australia kini mendapat ‘rehat’ seketika daripada ancaman kebakaran hutan susulan hujan lebat membanjiri kebanyakan kawasan, di samping ribut taufan tropika diramal melanda barat laut negara itu hujung minggu ini.

Biro Meteorologi mengeluarkan amaran ribut kencang di tenggara Queensland, manakala sebahagian New South Wales (NSW) ditenggelami banjir kilat disebabkan hujan lebat, yang dijangka berterusan selama beberapa hari.

“Terdapat kadar suhu sederhana di timur, kelembapan di udara dan ia menghasilkan hujan hari ini.

“Kami menjangkakan hujan lebih lebat akan melanda pantai timur laut NSW dan kemudian bergerak perlahan-lahan ke arah selatan,” kata pegawai ramalan cuaca BOM, Mike Funnell, kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Ribut tropika berhampiran pantai Kimberley di barat Australia diramalkan bertukar menjadi ribut taufan yang berpotensi melanda kawasan daratan pada Sabtu.

Suhu yang sejuk dan panas membantu memperlahankan kerosakan di beberapa kawasan yang sejak sekian lama terkesan dengan kebakaran, yang sudah membakar seluas lebih 11.7 juta hektar sejak September.

Kebakaran hutan berterusan itu sudah mengorbankan 33 mangsa dan kira-kira satu bilion hidupan liar selain kira-kira 2,500 kediaman turut musnah.

Pihak berkuasa bagaimanapun memberi amaran bahawa ancaman kebakaran itu belum berakhir dan mungkin berterusan untuk beberapa minggu akan datang.

Kira-kira 60 insiden kebakaran masih berlaku di sepanjang NSW dan Victoria, negeri yang paling ramai penduduk di Australia, dengan separuh daripadanya dikategorikan sebagai di luar kawalan. - REUTERS

-------------------------------------------------------------------------------

Australia receives a bittersweet bushfires reprieve with floods, cyclone

SYDNEY, Feb 6 (Reuters) - Many Australians were experiencing a bittersweet break from the threat of bushfires on Thursday, with heavy rain deluging many areas and a tropical cyclone forecast to hit the country’s northwest over the weekend.

The Bureau of Meteorology issued severe thunderstorm warnings for the southeast Queensland state, while parts of New South Wales state were inundated during flash floods caused by heavy rainfall that is expected to continue for several days.

“There’s a great feed of easterly warm, moist air feeding into the system and we’re seeing that kick off in the form of rainfall today,” BOM forecaster Mike Funnell told the Australian Broadcasting Corporation.

“We are expecting those larger totals and heavier rainfall to come into the northeast coast of NSW and then sort of track slowly southwards.”

A tropical low off the Kimberley coast in Western Australia state was forecast to develop into a cyclone that could hit land on Saturday.

The cooler and wetter weather has helped douse or slow some of the country’s most damaging and long-running wildfires, which have burned through more than 11.7 million hectares of land since September. The prolonged bushfire season has killed 33 people and an estimated 1 billion native animals. About 2,500 homes have been destroyed.

Officials, however, have warned the threat was not yet over and that there will likely be weeks more of firefighting ahead.

Around 60 fires were still burning across NSW and Victoria, the country’s most populous states, with around half of those classified as uncontained.

(Reporting by Paulina Duran in Sydney; Editing by Jane Wardell)

Berita Harian X