Ahad, 2 Februari 2020 | 7:55am
KEMATIAN akibat coronavirus di China meningkat kepada 304, dengan 45 kematian terbaharu dilaporkan pihak berkuasa dari wilayah Hubei. - Foto REUTERS
KEMATIAN akibat coronavirus di China meningkat kepada 304, dengan 45 kematian terbaharu dilaporkan pihak berkuasa dari wilayah Hubei. - Foto REUTERS

Jumlah kematian di China meningkat kepada 304

BEIJING: Jumlah kematian akibat coronavirus di China meningkat kepada 304, dengan 45 kematian terbaharu dilaporkan pihak berkuasa dari wilayah Hubei, hari ini.

Dalam laporan terkini, angka dari suruhanjaya kesihatan wilayah turut menunjukkan peningkatan mendadak ke atas kes positif, dengan 1,921 jangkitan terbaharu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kepada 13,700 berdasarkan statistik dikeluarkan kerajaan persekutuan sebelum ini.

Virus berkenaan dipercayai bermula Disember lalu di ibu negeri wilayah Hubei, iaitu dari sebuah pasar menjual hidupan liar di Wuhan.

Penularan itu menjadi semakin besar, serentak dengan peningkatan jumlah perjalanan dibuat penduduk China sempena cuti perayaan Tahun minggu lalu.

China turut berdepan dengan penambahan perintah isolasi, dimulai oleh Amerika Syarikat dan Australia yang melaksanakan larangan perjalanan luar biasa ke atas penduduk China.

Jangkitan berkenaan berkembang menjadi darurat kesihatan global dengan kes dicatatkan di lebih daripada 20 negara seluruh dunia. - AFP

Berita Harian X