Khamis, 30 Januari 2020 | 7:02am
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit di Hospital Zhongnan. - Foto Reuters
KAKITANGAN perubatan merawat pesakit di Hospital Zhongnan. - Foto Reuters

Kematian meningkat kepada 162 di Hubei

BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan di Hubei, pusat wabak coronavirus, berkata angka kematian di wilayah itu akibat jangkitan virus baharu meningkat kepada 162 orang sehingga semalam.

Terdapat lebih 1,032 kes baharu dikesan di Hubei, menjadikan keseluruhan kepada 4,586 kes.

Kerajaan negara luar membawa keluar rakyatnya dari kawasan itu berikutan jumlah kematian melonjak dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyuarakan ‘kebimbangan serius’ mengenai penyebaran antara manusia ke manusia di negara lain. - Reuters

Berita Harian X