Selasa, 28 Januari 2020 | 7:52am
AMERIKA Syarikat (AS) menggesa rakyatnya untuk mempertimbangkan semula rancangan perjalanan ke China ketika berlaku jangkitan maut coronavirus dari Wuhan. - Foto AFP
AMERIKA Syarikat (AS) menggesa rakyatnya untuk mempertimbangkan semula rancangan perjalanan ke China ketika berlaku jangkitan maut coronavirus dari Wuhan. - Foto AFP

Rakyat AS diminta timbang semula rancangan ke China

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menggesa rakyatnya untuk mempertimbangkan semula rancangan perjalanan ke China ketika berlaku jangkitan maut coronavirus dari Wuhan.

Jabatan Negara AS turut mengeluarkan amaran tegas bagi warganya untuk tidak mengunjungi wilayah Hubei, lokasi terletaknya Wuhan. Setakat ini, 82 orang mati akibat virus itu, dengan semua kes berlaku di China.

Minggu lalu, jabatan itu mengatakan mereka merancang membawa pulang rakyat dan diplomat negara itu dari Wuhan.

"Kerajaan AS mempunyai keupayaan terhad untuk menyediakan perkhidmatan kecemasan kepada warga AS di wilayah Hubei," kata jabatan itu dalam satu kenyataan.

Penerbangan sewa khas bagi membawa kakitangan kerajaan AS di Wuhan kini dijadualkan pada Rabu, dan bukan pada Selasa yang dirancang awal, kata jabatan itu.

"Semua pengembara akan diimbas bagi mengesan gejala di lapangan terbang sebelum berlepas," kata jabatan itu. - AFP

Berita Harian X