Isnin, 27 Januari 2020 | 8:20am
Jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di China meningkat kepada 2,744. - Foto AFP
Jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di China meningkat kepada 2,744. - Foto AFP

Coronavirus: Angka korban 80, keseluruhan 2,744 kes di China

WUHAN: Kerajaan China hari ini berkata, jumlah keseluruhan jangkitan coronavirus yang disahkan di seluruh negara meningkat kepada 2,744, dengan 769 kes baharu dikesan.

Bagaimanapun, katanya tiada kematian baharu disahkan di luar wilayah Hubei, yang sebelum ini melaporkan 24 kematian baharu, yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian di seluruh negara akibat wabak itu kepada 80 orang.

Virus itu dipercayai berpunca dari Pasar Makanan Laut Wuhan yang turut menjalankan perdagangan haram hidupan liar, dan merebak ke Beijing serta Shanghai selain ke Amerika Syarikat (AS), Thailand, Korea Selatan, Jepun, Australia, Perancis dan Kanada.

Wabak itu mengakibatkan gangguan pergerakan di China terutama di Wuhan, iaitu bandar mempunyai kira-kira 11 juta penduduk, berikutan dikenakan larangan perjalanan.

Penularan wabak itu dari awal lagi menjejaskan sambutan Tahun Baharu Cina ratusan juta pelancong dari China dan negara luar selain mengakibatkan banyak acara awam dibatalkan serta tarikan pelancongan ditutup. - AFP

Berita Harian X