Ahad, 26 Januari 2020 | 6:03pm
Kawasan terjejas akibat kebakaran hutan di Queensland, Australia ditimpa hujan lebat, sekali gus mengurangkan kawasan yang terbakar tetapi mengakibatkan banjir pula.
Kawasan terjejas akibat kebakaran hutan di Queensland, Australia ditimpa hujan lebat, sekali gus mengurangkan kawasan yang terbakar tetapi mengakibatkan banjir pula.

Hujan lebat padamkan api tetapi mengakibatkan banjir

MELBOURNE: Kawasan terjejas akibat kebakaran hutan di Queensland, Australia ditimpa hujan lebat, sekali gus mengurangkan kawasan yang terbakar tetapi mengakibatkan banjir pula.

Kebakaran besar-besaran kawasan hutan yang menyaksikan 2.5 juta hektar musnah sejak September lalu itu berjaya dikurangkan oleh hujan, yang malangnya turut mengakibatkan banjir besar.

Reuters melaporkan, Biro Meteorologi negeri mengunjurkan sesetengah kawasan menerima kira-kira suku daripada kadar taburan hujan tahunan dalam tempoh yang singkat.

Kawasan pesisiran pantai dijangka paling teruk dilanda banjir berikutan penerimaan sehingga 160 milimeter hujan dalam tempoh 24 jam dan lebih banyak hujan dijangka pada hari berikutnya.

Beberapa orang terpaksa diselamatkan selepas banjir menyebabkan beberapa jambatan dan lebuh raya terputus hubungan.

Hujan lebat di Queensland, Victoria dan New South Wales (NSW) yang dilanda kemarau teruk sebelum ini, berjaya memadamkan sebahagian kebakaran hutan yang mengorbankan 33 orang selain jutaan hidupan liar. - Reuters.

Berita Harian X