Khamis, 9 Januari 2020 | 9:39am
Gambar fail, pemandangan di Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq. - Foto REUTERS
Gambar fail, pemandangan di Kedutaan Amerika Syarikat di Baghdad, Iraq. - Foto REUTERS

2 roket meletup di Zon Hijau Iraq

BAGHDAD: Dua roket meletup di Zon Hijau di ibu negara Iraq yang menempatkan kedutaan asing Kedutaan Amerika Syarikat (AS).

AFP melaporkan, dua letupan kedengaran diikuti bunyi siren di Zon Hijau, 24 jam selepas Iran melancarkan peluru berpandu terhadap dua markas menempatkan tentera AS dan bersekutu di Iraq tetapi tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

Serang itu dilancarkan bagi membalas dendam terhadap kematian komander tertinggi Iran, Jeneral Qasem Soleimani dan komander Iraq, Abu Mahdi al-Muhandis, yang terbunuh dalam serangan dron AS Jumaat lalu, atas arahan Presiden AS, Donald Trump.

Muhandis adalah timbalan ketua kumpulan Hashed al-Shaabi, rangkaian kumpulan bersenjata yang diiktiraf kerajaan Iraq dan mempunyai hubungan rapat dengan Teheran.

AS menuduh kumpulan Hashed menjadi dalang siri serangan roket terhadap Kedutaan AS di Baghdad dan markas menempatkan tenteranya di negara itu.

Semalam, Hashed berikrar akan membalas dendam terhadap AS atas kematian dua pemimpin utama itu. - AFP

Berita Harian X