Sabtu, 7 Disember 2019 | 8:21am
Anggota pasukan keselamatan Iraq dan penunjuk perasaan anti-kerajaan berkumpul di hadapan penghalang konkrit di jalan al-Rasheed di ibukota Baghdad, semasa tunjuk perasaan anti-kerajaan, semalam. - Foto AFP

12 penunjuk perasaan maut diserang lelaki bersenjata di Iraq

BAGHDAD: Seramai 12 penunjuk perasaan maut dan puluhan cedera selepas seorang lelaki tidak dikenali menyerang sebuah kem protes antikerajaan di Baghdad, lewat malam semalam.

Semasa kejadian, lelaki bersenjata yang menaiki trak pick-up menyerang sebuah bangunan besar yang menempatkan kem penunjuk perasaan selama berminggu-minggu.

Pasukan perubatan memberitahu AFP berkata, sekurang-kurangnya 12 orang ditembak mati dan puluhan lagi cedera. Angka mangsa serangan berkemungkinan akan meningkat.

Pertumpahan darah berlaku muncul selepas Amerika Syarikat (AS) menuduh Iran ‘campur tangan’ dalam kekacauan di Iraq, semalam.

Sebuah ambulan tiba di Dataran Tahrir membawa lelaki yang cedera di perhimpunan anti-kerajaan di Baghdad. - Foto AFP
Sebuah ambulan tiba di Dataran Tahrir membawa lelaki yang cedera di perhimpunan anti-kerajaan di Baghdad. - Foto AFP

Saksi memberitahu AFP, perhimpunan bermula dengan aman pada waktu siang tetapi bertukar menjadi ganas menjelang malam semalam.

Angka kematian terbaru itu menjadikan jumlah penunjuk perasaan yang maut seramai 440 orang dan 20,000 cedera sejak perhimpunan antikerajaan yang meletus sejak 1 Oktober lalu di tengah Baghdad dan selatan Iraq yang majoriti adalah penduduk Syiah. -AFP.

Berita Harian X