Khamis, 28 November 2019 | 6:00pm
- Foto hiasan
- Foto hiasan

8 penunjuk perasaan ditembak mati dalam pertempuran di Iraq

NASIRIYAH: Sekurang-kurangnya lapan penunjuk perasaan Iraq ditembak mati hari ini dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di bandar raya Nasiriyah susulan tindakan ke atas bantahan antikerajaan, kata sumber perubatan dan keselamatan.

Kira-kira 50 lagi cedera, beberapa dalam keadaan kritikal, apabila pasukan keselamatan cuba menawan semula dua jambatan di bandar raya itu yang disekat penunjuk perasaan, kata sumber.

Selatan Iraq dan Baghdad dicengkam tunjuk perasaan sejak dua bulan lalu menuntut pemulihan sistem perundangan, yang dilihat sebagai rasuah dan tidak cekap.

Keganasan di Nasiriyah berlaku sehari selepas penunjuk perasaan membakar konsulat Iran di Najaf, marah kepada negara jiran itu yang dipersalahkan kerana menyokong Baghdad.

Keganasan jalanan di Iraq sudah meragut lebih 350 nyawa dan 15,000 cedera sejak dua bulan lalu. — AFP

Berita Harian X