Isnin, 18 November 2019 | 2:07pm
Penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes berdiri di atas jambatan terowong Cross Harbour Tunnel ketika bertembung dengan polis di luar Universiti Politeknik Hong Kong, semalam. -Foto Reuters

Undang-undang anti-topeng Hong Kong tidak ikut perlembagaan - Mahkamah

HONG KONG: Satu larangan kerajaan terhadap pemakaian topeng muka oleh penunjuk perasaan, menyasar mematahkan berbulan rusuhan prodemokrasi di bandaraya ini, tidak mengikut perlembagaan, menurut keputusan Mahkamah Tinggi wilayah itu hari ini.

“Sekatan dilaksanakannya ke atas hak asasi, melangkaui kewajaran dan justeru gagal memenuhi ujian imbangan,” kata mahkamah menurut satu ringkasan media.

Larangan menutup muka itu berkuat kuasa Oktober lalu apabila pemimpin pro-Beijing bandaraya itu melaksanakan undang-undang era penjajah buat kali pertama sejak lebih 50 tahun lalu.

Tindakan itu dilihat sebagai satu titik perubahan perundangan buat bandaraya itu sejak Britain mengembalikan pentadbirannya kepada China pada 1997, namun sebahagian besarnya simbolik.

Penunjuk perasaan, kebanyakannya memakai topeng muka, terus bertembung dengan polis, sering bertindak ganas ketika mereka meneruskan tuntutan demokrasi lebih besar untuk Hong Kong serta siasatan bebas terhadap dakwaan kekejaman pasukan polis. -AFP

Berita Harian X