Jumaat, 8 November 2019 | 6:21pm
Penunjuk perasaan mendakwa taktik polis menyebabkan kematian Chow, mereka bertindak balas dengan menggesa perkabungan di seluruh bandar itu dan perhimpunan lain pada hujung minggu. - Foto AFP
Situasi yang membawa kepada bagaimana Alex Chow jatuh masih tidak jelas dan dipertikaikan dan kematian beliau adalah korban pelajar pertama, sejak tunjuk perasaan lima bulan lalu. - Foto AFP

Kematian pelajar Hong Kong mungkin cetus keganasan baharu

HONG KONG: Seorang pelajar Hong Kong maut akibat kecederaan di kepala, ketika pertembungan dengan polis, hari ini dan insiden itu bakal mencetuskan kemarahan terbaharu pergerakan pro demokrasi dan kebimbangan terhadap pergolakan lebih ganas.

Situasi yang membawa kepada bagaimana Alex Chow, 22, jatuh masih tidak jelas dan dipertikaikan dan kematian beliau adalah korban pelajar pertama, sejak tunjuk perasaan lima bulan lalu.

Penunjuk perasaan mendakwa taktik polis menyebabkan kematian Chow, mereka bertindak balas dengan menggesa perkabungan di seluruh bandar itu dan perhimpunan lain pada hujung minggu.

“Hari ini kita meratapi kematian pejuang kebebasan Hong Kong. Kita tidak akan meninggalkan sesiapa, kita mula bersama dan tamat bersama.

“Mengambil kira kerugian kepada masyarakat Hong Kong, bulan lalu, kerajaan perlu menerima padah,” kata aktivis pro demokrasi terkenal, Joshua Wong.

Difahamkan, Chow dibawa ke hospital, awal Isnin lalu, susulan pertempuran antara polis dan penunjuk perasaan di kejiranan pertengahan Tseung Kwan O.

Beliau disahkan mati oleh hospital, pagi tadi, selepas gagal bangun dari koma.

Beliau ditemui berlumuran darah dalam tempat parkir bertingkat yang ditembak polis dengan gas pemedih mata. - AFP

Berita Harian X