Isnin, 4 November 2019 | 11:05am
ORANG ramai membantu mangsa yang tercedera dalam pertempuran di Cityplaza. - Foto EPA
ORANG ramai membantu mangsa yang tercedera dalam pertempuran di Cityplaza. - Foto EPA

Dua kritikal susulan tunjuk perasaan ganas di Hong Kong

HONG KONG: Dua orang berada dalam keadaan kritikal, kata polis Hong Kong hari ini, selepas pertempuran hujung minggu lalu dengan penunjuk perasaan antikerajaan, ketika China menggesa pendirian lebih tegas bagi mengakhiri ketegangan di hab kewangan Asia itu.

Polis pencegah rusuhan menyerbu beberapa pusat beli belah semalam termasuk Cityplaza, yang sesak dengan keluarga dan kanak-kanak di pinggir Taikoo Shing.

Penunjuk perasaan pada awalnya membentuk rantai manusia secara aman sebelum berhadapan polis dalam pergelutan di eskalator dan menyembur grafiti di restoran.

Seorang lelaki bersenjatakan pisau mengelar beberapa orang dan menggigit telinga seorang ahli politik.

Mangsa yang tercedera termasuk lelaki yang dipercayai membawa pisau, yang dipukul dengan kayu oleh penunjuk perasaan.

Polis tidak memberikan butiran lanjut mengenai dua orang yang kritikal itu.

Demonstrasi seterusnya dirancang minggu ini apabila penunjuk perasaan terus mengenakan ke atas tuntutan seperti inkuiri bebas mengenai tindak tanduk polis .

“Kakitangan awam malu dengan jenayah yang dilakukan pasukan polis Hong Kong dan pemerintahan diktator kerajaan,” kata Sidang Akhbar Rakyat, kumpulan prodemokrasi yang merancang perbincangan mengenai pertempuran itu malam ini.

Media China menggesa tindakan lebih tegas terhadap penunjuk perasaan yang merosakkan pejabat agensi berita Xinhua dan bangunan lain, berkata keganasan merosakkan peraturan undang-undang bandar raya itu. — Reuters

Berita Harian X