Selasa, 8 Oktober 2019 | 11:04pm
Asim Umar.

Ketua cawangan Asia Selatan Al-Qaeda maut

KABUL: Pemimpin cawangan Asia Selatan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan di selatan negara itu, bulan lalu, menurut pengesahan pegawai Afghanistan, hari ini.

Asim Umar yang mengetuai Al-Qaeda di benua India (AQIS), sejak penubuhannya pada 2014, terbunuh ketika satu serangan, 23 September lalu, terhadap satu kawasan Taliban di daerah Musa Qala, wilayah Helmand.

Direktorat Keselamatan Nasional (NDS) Afghanistan berkata, Umar adalah warga Pakistan, namun beberapa laporan mendakwa beliau dilahirkan di India.

“Dia terbunuh bersama enam ahli AQIS lain kebanyakannya warga Pakistan,” kata NDS di Twitter sambil menambah dia terlalu mendalam dengan Taliban. - AFP

Berita Harian X