Selasa, 8 Oktober 2019 | 3:16pm
Gambar ini diambil pada 3 Ogos menunjukkan patung seorang gadis dalam pakaian tradisional Korea yang duduk di kerusi, salah satu karya seni dalam pameran Aichi Triennale 2019 di Muzium Seni Wilayah Prefektur Aichi di Nagoya. - Foto AFP

Jepun pamer semula patung kontroversi 'wanita pendamping Korea Selatan'

TOKYO: Pameran Jepun khusus menampilkan karya seni yang ‘ditapis’ dibuka semula hari ini dua minggu selepas terpaksa menghentikannya susulan ancaman membabitkan patung kontroversi wanita Korea Selatan yang menjadi hamba seks zaman perang.

Pameran The Aichi Triennale 2019 yang mempamerkan patung gadis memakai pakaian tradisional Korea sedang duduk di kerusi, ditutup awal Ogos lalu selepas tiga hari dibuka.

Ia dibuka kembali hari ini selepas langkah keselamatan baru dilaksanakan termasuk menyediakan panduan dan program pendidikan kepada pelawat, kata penganjur.

Pameran yang bertujuan mempamerkan kerja-kerja seni yang ‘ditapis’ di tempat lain itu pada asalnya dijadual untuk dipamerkan selama 75 hari. - AFP

Berita Harian X