Ahad, 6 Oktober 2019 | 8:49pm
Penunjuk perasaan membakar tayar dan turut membakar ibu pejabat beberapa parti politik termasuk parti Dawa yang mendominasi kerajaan Iraq. - Foto AFP
Penunjuk perasaan membakar tayar dan turut membakar ibu pejabat beberapa parti politik termasuk parti Dawa yang mendominasi kerajaan Iraq. - Foto AFP

Mangsa korban protes di Iraq meningkat 100 orang

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan polis di Baghdad, malam semalam.

Menurut pihak keselamatan dan hospital, sekurang-kurangnya 24 orang termasuk tujuh anggota polis cedera dalam pertempuran yang berlangsung di bandar Nasiriya, di sini.

Polis berkata, penunjuk perasaan turut membakar ibu pejabat beberapa parti politik termasuk parti Dawa yang mendominasi kerajaan Iraq.

Katanya, keganasan turut tercetus di Diwaniya, terletak di selatan Baghdad yang mengorbankan sekurang-kurangnya seorang.

Sejak Selasa lalu, kira-kira 100 orang terbunuh dalam rusuhan itu bagi membantah rasuah dan masalah pengangguran.

Sementara itu, Perdana Menteri Iraq, Adel Abdul Mahdi mengemukakan 17 rancangan penting semasa mesyuarat tergempar kabinet diadakan malam semalam.

Ia termasuk meningkatkan rumah bersubsidi untuk golongan miskin, memberi gaji kepada penganggur serta memberi program latihan dan inisiatif pinjaman kecil untuk golongan muda yang menganggur.

Selain itu, keluarga mangsa yang terbunuh semasa tunjuk perasaan minggu ini akan mendapat pembayaran dan penjagaan yang biasanya diberikan kepada anggota pasukan keselamatan terkorban semasa perang. -Reuters.

Berita Harian X