Sabtu, 5 Oktober 2019 | 7:34am
Kakitangan kerajaan memakai topeng muka, ketika menyertai protes pada waktu makan tengah hari di Hong Kong, semalam. Foto Reuters

Larangan pakai topeng muka mula dikuatkuasa

HONG KONG: Larangan memakai topeng muka ketika menghadiri protes mula dikuatkuasakan hari ini, di bawah undang-undang darurat yang diluluskan semalam.

Undang-undang berkenaan yang tidak dikuatkuasa selama 52 tahun, bertujuan membendung rusuhan yang berlaku selama berbulan-bulan di bandar raya itu.

Sebaliknya, ia terus mencetuskan pertempuran dan perhimpunan serta bantahan di seluruh Hong Kong.

Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, berkata arahan itu dikeluarkan mengikut Ordinan Peraturan Darurat, yang membenarkannya melangkaui badan perundangan.

Ia juga membolehkan Lam menggubal sebarang undang-undang, sepanjang tempoh darurat atau ketika berlaku ancaman terhadap kepentingan awam.

“Kami percaya bahawa peraturan baharu ini akan membendung keganasan yang dicetuskan oleh penunjuk perasaan dan perusuh bertopeng serta membantu pihak polis ketika menguatkuasa undang-undang,” katanya, semalam. - AFP

Berita Harian X