Khamis, 3 Oktober 2019 | 4:25pm
Gambar menunjukkan penunjuk perasaan memakai topeng Guy Fawkes di belakang kepala, mempopularkan filem buku komik V For Vendetta ketika memasang lukisan bantahan pada tiang lampu isyarat di Hong Kong. -Foto

Hong Kong mahu larang pakai topeng muka

HONG KONG: Wilayah ini dijangka menggubal satu undang-undang kecemasan bagi melarang pemakaian topeng muka ketika bantahan prodemokrasi, lapor media hari ini, ketika pihak berkuasa bergelut menangani protes anti-kerajaan yang kini berlarutan selama empat bulan.

Ramai penunjuk perasaan memakai topeng muka untuk menyembunyikan identiti serta melindungi mereka daripada terkena gas pemedih mata.

Tunjuk perasaan yang bermula apabila bantahan terhadap rang undang-undang ekstradisi yang kini ditarik balik, membolehkan pesalah dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, namun tidak menunjukkan tanda semakin reda.

Penunjuk perasaan, berang terhadap insiden tembakan seorang remaja 18 tahun oleh polis minggu ini, bertembung dengan pihak berkuasa pada awal pagi ini. Mereka membaling bom petrol manakala polis bertindak balas dengan menyembur gas pemedih mata.

Polis menggesa kerajaan melaksanakan perintah berkurung bagi membantu membendung keganasan memuncak di bandar ditadbir China itu, di mana pegawai menjadi sasaran penunjuk perasaan di tengah tuduhan kekerasan melampau. -Reuters

Berita Harian X