Rabu, 25 September 2019 | 12:01am
Orang ramai melihat keadaan jalan yang merekah selepas gempa bermagnitud 5.8 melanda Mirpur, Pakistan. - Foto Reuters
Orang ramai melihat keadaan jalan yang merekah selepas gempa bermagnitud 5.8 melanda Mirpur, Pakistan. - Foto Reuters
Seekor kerbau terperangkap di celah runtuhan bangunan di Mirpur, Pakistan. - Foto EPA
Seekor kerbau terperangkap di celah runtuhan bangunan di Mirpur, Pakistan. - Foto EPA
Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jhelum, Pakistan. - Foto EPA
Mangsa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Jhelum, Pakistan. - Foto EPA

Jumlah korban gempa Pakistan meningkat 22 orang

MIRPUR: Jumlah korban gempa 5.8 magnitud di timur laut Pakistan, hari ini, meningkat kepada 22 orang dengan lebih 300 mangsa lagi cedera, kata pegawai kanan polis negara itu.

Rakaman televisyen menunjukkan beberapa kenderaan terperangkap dalam rekahan besar pada jalan serta sebuah trak dan bas tersadai.

“Sekurang-kurangnya 22 maut dan lebih 300 mangsa cedera,” kata Timbalan Inspektor Jeneral Polis di Mirpur, Sardar Gulfaraz.

“Keadaan kini terkawal,” kata pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Nasional, Leftenan Jeneral Mohammad Afzal.

“Infrastruktur di kawasan ini sudah musnah,” kata Perdana Menteri wilayah Kashmir Pakistan, Raja Farooq Haider Khan.

Menurut seorang penduduk Mirpur yang tinggal berhampiran hospital, Naeem Chughtai banyak jalan, menara telekomunikasi dan pencawang elektrik rosak teruk.

Difahamkan, gegaran gempa itu dapat dirasakan sejauh New Delhi dengan laman berita Press Trust of India melaporkan penduduk panik berlari keluar rumah dan pejabat di banyak tempat termasuk Rajastan, Punjab dan Haryana. - AFP

Berita Harian X