Selasa, 17 September 2019 | 12:17pm
Kru kecemasan berada di kawasan kereta api tergelincir berhampiran stesen Hung Hom di Jaringan East Rail MTR selepas nahas membabitkan tren menuju ke Mong Kok East di Hong Kong. -Foto Reuters
Kru kecemasan berada di kawasan kereta api tergelincir berhampiran stesen Hung Hom di Jaringan East Rail MTR selepas nahas membabitkan tren menuju ke Mong Kok East di Hong Kong. -Foto Reuters

MTR tergelincir di Hong Kong ketika waktu puncak

HONG KONG: Sebuah kereta api penumpang tergelincir ketika waktu puncak awal pagi di sini hari ini, menyebabkan tiga orang cedera, kata pihak berkuasa.

Imej di tempat kejadian menunjukkan tiga gerabak terkeluar dari landasan dan bersimpang-siur di atas landasan berhampiran stesen Hung Hom di Kowloon, kawasan pertukaran sibuk yang menyediakan perkhidmatan ke tanah besar China.

Penumpang terpaksa keluar menerusi pintu yang pecah dan menyeberangi landasan ke jaringan East Rail. Punca tergelincir sedang disiasat namun tiada unsur jenayah selepas serangan sebelum ini oleh penunjuk perasaan prodemokrasi ke atas sistem transit bandar itu.

Menurut MTR Corporation, perkhidmatan tren di dua stesen itu digantung berikutan kemalangan. -AFP

Berita Harian X