Rabu, 11 September 2019 | 3:59pm
Gambar fail, Penjara Evin terkenal kerana menempatkan tahanan politik, pembangkang dan warga Iran. - Foto EPA

Iran tahan tiga rakyat Australia

SYDNEY: Kerajaan Australia hari ini berkata, tiga rakyatnya ditahan di Iran, siri terbaru penahanan orang Barat dilakukan pihak berkuasa di Tehran.

“Jabatan Hal Ehwal Luar Negara dan Perdagangan menyediakan bantuan konsular kepada keluarga ketiga-tiga rakyat Australia yang ditahan di Iran.

“Oleh kerana kewajipan terhadap privasi kami, kami tidak akan memberi sebarang ulasan lanjut, ,” kata seorang jurucakap memberitahu AFP.

Awalnya, akhbar The Time Of London melaporkan bahawa dua wanita kelahiran British-Australia ditahan di penjara Evin di Tehran.

Stesen penyiar awam Australia, ABC berkata bahawa salah seorang teman lelaki wanita dan juga rakyat Australia antara yang ditahan.

Setakat ini, tidak dapat dijelaskan jika ketiga-tiga sudah didakwa. Salah seorang daripada wanita itu dilaporkan sudah ditahan sehingga setahun.

Berita mengenai penahanan ketiga-tiga sahabat itu muncul selepas Australia mengumumkan bahawa pihaknya akan menyertai misi yang diketuai Amerika Syarikat (AS) bagi melindungi laluan perkapalan di Selat Hormuz.-AFP.

Berita Harian X