Selasa, 10 September 2019 | 5:48pm
Gajah mengamuk di satu upacara keagamaan menyebabkan 17 cedera di Colombo, Sri Lanka. - Foto AFP

17 cedera dua gajah naik minyak di Sri Lanka

COLOMBO: Tujuh belas cedera di Sri Lanka apabila dua gajah mengamuk di satu upacara keagamaan, kata polis.

Penjaga kuil yang menunggang salah seorang mamalia berkenaan antara yang cedera, selain 13 wanita yang berebut untuk lari daripada gajah itu pada perayaan Buddha Sabtu lalu di Colombo.

Tiada siapa mengalami kecederaan serius, kata pihak berkuasa.

Pakar gajah, Jayantha Jayewardene, berkata haiwan itu berada dalam tempoh hormon reproduktifnya meningkat, dan berkata pihak berkuasa kuil tidak mempedulikan prosedur yang betul.

“Kedua-dua gajah itu tidak sepatutnya digunakan dalam upacara itu.

“Ada sistem yang jelas untuk menilai keadaan haiwan itu sebelum membenarkan ia mengambil bahagia,” katanya.

Pihak berkuasa di bandar raya Kandy terpaksa menarik balik penyertaan gajah berusia 70 tahun itu daripada upacara berkenaan pada pertengahan Ogos lalu.

Haiwan itu dipaksa berjalan beberapa kilometer di sebalik kesihatannya yang jelas tidak baik.

Tiga tahun lalu, dua gajah bergaduh ketika upacara kuil dan menyebabkan rempuhan yang mengorbankan seorang wanita dan 12 lagi cedera. — AFP

234 dibaca
Berita Harian X