Sabtu, 7 September 2019 | 11:34am
Pasukan polis perusuh berada di belakang pagar yang dibakar oleh penunjuk perasaan di Hong Kong. - Foto REUTERS

Penunjuk perasaan Hong Kong sasar lapangan terbang

HONG KONG: Penunjuk perasaan Hong Kong merancang untuk menyekat antara lapangan terbang paling sibuk di dunia hari ini selepas melancarkan protes ganas malam tadi memaksa polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan perusuh.

Ratusan perusuh bertopeng dan berbaju hitam menyerang stesen metro di semenanjung Kowloon malam semalam, susulan babak keganasan polis di stesen kereta api metro 31 Ogos lalu yang disiarkan.

Perusuh dilihat merosakkan papan tanda, pintu putar, mencetus kebakaran di jalan raya dan melakukan grafiti di dinding.

Perusuh merosakkan tiket di stesen metro di Kowloon malam semalam. - Foto EPA

“Perbuatan itu adalah melampau,” kata kerajaan dalam satu kenyataan.

Minggu ini, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan konsesi untuk mengakhiri protes, termasuk secara rasmi memansuhkan rang undang-undang ekstradisi.

Namun ramai mengatakan ia sudah terlambat.

Jika diteruskan, rang itu akan membenarkan rakyat Hong Kong dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, walaupun kota kewangan itu mempunyai badan kehakiman yang bebas sejak penjajahan British lagi.

Rang undang-undang itu mencetuskan bantahan besar-besaran dan mengakibatkan bandar raya itu dilanda krisis politik terburuk dalam tempoh beberapa dekad. - Reuters

Sebahagian penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di Hong Kong. - Foto AFP

Berita Harian X