Sabtu, 7 September 2019 | 12:15am
SEORANG remaja Palestin maut ditembak rejim Zionis dalam pertempuran terbaharu di sepanjang sempadan Gaza hari ini. - Foto AFP
SEORANG remaja Palestin maut ditembak rejim Zionis dalam pertempuran terbaharu di sepanjang sempadan Gaza hari ini. - Foto AFP

Pemuda Palestin maut ditembak

GAZA CITY: Seorang remaja Palestin maut ditembak rejim Zionis dalam pertempuran terbaharu di sepanjang sempadan Gaza hari ini, kata kementerian kesihatan di kawasan dikuasai Hamas.

Seorang jurucakap kementerian berkata, Ali Al Ashqar, 17 maut ditembak di bahagian leher ketika berada di bahagian pagar sempadan, timur Jabalia yang terletak di utara Gaza.

Penduduk Palestin mengadakan bantahan setiap minggu yang kadang kala bertukar ganas di sepanjang pagar sempadan sejak Mac 2018. - AFP

Berita Harian X