HONG KONG: Pemimpin Hong Kong, Carrie Lam, hari ini, menyatakan harapannya dengan penarikan rang undang-undang ekstradisi yang kontroversi, dan pendekatan lain yang dilaksanakan, mampu menamatkan krisis politik yang melanda bandar raya itu.
Lam yang mendapat sokongan daripada Beijing, berkata demikian sehari selepas secara rasminya mengumumkan keputusan untuk menarik balik rang undang-undang itu.
Rang undang-undang itu mencetuskan bantahan besar-besaran dan mengakibatkan bandar raya itu dilanda krisis politik terburuk dalam tempoh beberapa dekad.
Namun, penunjuk perasaan dan beberapa penggubal undang-undang menyifatkan pengumuman keputusan oleh Lam itu, sudah terlalu lewat. - Reuters