Sabtu, 31 Ogos 2019 | 8:32pm

12 maut, 50 cedera letupan kimia di barat India

NEW DELHI: sekurang-kurangnya 12 orang maut dan kira-kira 50 mangsa lain cedera, selepas beberapa letupan di sebuah kilang bahan kimia di negeri Maharashtra, barat India, hari ini.

Menurut pegawai hospital di kawasan Shirpur, daerah Dhule 12 orang maut dalam letupan itu.

“Kira-kira 37 mangsa cedera dimasukkan ke sini dan kami sudah memindahkan 12 pesakit lain,” kata D N Wagh.

Pegawai polis, Sanjay Ahire berkata, letupan pertama di kilang itu berlaku pada jam 9.30 pagi waktu tempatan.

“Pada mulanya, 200 liter tong bahan kimia meletup kemudian kebakaran merebak ke beberapa bahagian kilang,” kata Ahire. - Reuters

Berita Harian X