X
Jumaat, 16 Ogos 2019 | 11:53am
Gambar fail, serangan udara di Beirut. - Foto AP
Gambar fail, serangan udara di Beirut. - Foto AP

Syria pintas peluru berpandu sasar wilayah Hama

BEIRUT: Pertahanan udara Syria mengesan peluru berpandu yang menyasar bandar Masyaf berhampiran Hama lewat semalam dan memusnahkannya sebelum terkena sasaran, kata sumber tentera Syria.

Peluru berpandu itu dilancarkan dari arah utara Lubnan, tambah sumber tentera dalam satu kenyataan.

Terdahulu, stesen TV rasmi melaporkan bunyi letupan kuat berhampiran Masyaf di wilayah Hama, namun tiada kerosakan harta benda mahupun kematian dilaporkan.

Jurucakap tentera Israel enggan mengulas lanjut berhubung serangan itu. Namun Israel mengakui pernah melancarkan serangan ke arah Syria beberapa tahun lalu.

Difahamkan, sebahagian serangan ke atas Damsyik oleh Israel sebelum ini dilancarkan dari ruang udara Lubnan.

Israel berusaha menyekat kebanjiran tentera di Syria oleh musuh tradisinya Iran dan sekutu kuat tentera Tehran, Kumpulan Hizbullah Lubnan, kedua-duanya berjuang menyokong Presiden Bashar al-Assad. - Reuters

Berita Harian X