OFRA: Seorang tentera Israel ditemui mati dengan kesan tikaman di Tebing Barat hari ini.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata mangsa dibunuh pejuang Palestin.
Dalam kenyataan, pasukan tentera Israel berkata mayat dengan kesan tikaman itu ditemui berhampiran penempatan Israel di utara Hebron.
Mangsa ialah pelajar di biara Yahudi.
Tentera tidak menuduh sesiapa dalam pembunuhan itu tetapi Netanyahu mengeluarkan kenyataan menyifatkan ia adalah serangan pejuang Palestin.
“Pasukan keselamatan melancarkan buruan dalam usaha menangkap pejuang berkenaan dan meletakkan tanggungjawab ke atasnya,” kata beliau. —Reuters