Ahad, 4 Ogos 2019 | 11:35am
Penunjuk perasaan mencari perlindungan selepas polis melepaskan gas pemedih mata di Hong Kong. - Foto AFP
Penunjuk perasaan mencari perlindungan selepas polis melepaskan gas pemedih mata di Hong Kong. - Foto AFP

Polis Hong Kong buat tangkapan baharu

HONG KONG: Polis Hong Kong menangkap lebih 20 orang selepas pertempuran ganas dengan penunjuk perasaan antikerajaan, ketika wilayah dikuasai China berhadapan itu lebih banyak bantahan dan mogok umum yang melumpuhkan bandar raya itu.

Semalam, polis melepaskan beberapa tembakan gas pemedih mata dalam konfrontasi dengan aktivis berpakaian hitam di Kowloon, pertempuran terbaharu selepas lebih dua bulan bantahan menentang rang dicadangkan untuk membolehkan pesalah diekstradisi untuk dibicarakan di tanah besar China.

Dalam kenyataan awal hari ini, polis berkata mereka menangkap lebih 20 orang kerana kesalahan termasuk berhimpun secara haram dan menyerang.

Penunjuk perasaan melakukan pembakaran di jalan raya, di luar balai polis dan tong sampah, dan menyekat kemasukan ke Terowong Cross-Harbour, memutuskan laluan utama menghubungkan Hong Kong dan semenanjung Kowloon.

Kedai besar di kawasan tumpuan pelancong dan komersial, Nathan Road, yang selalunya sesak pada setiap Sabtu, ditutup termasuk kedai serbaneka 7-11, rangkaian kedai emas Chow Tai Fook dan jenama jam tangan mewah Rolex dan Tudor.

Bantahan berskala besar dirancang hari ini di daerah barat Hong Kong, termasuk bandar Tseung Kwan O di

New Territories.

Aktivis juga menggesa mogok besar-besaran esok membabitkan seluruh sistem pengangkutan dan daerah perniagaan. — Reuters

Berita Harian X