Rabu, 31 Julai 2019 | 7:57pm
BURUH bekerja di tapak pembinaan di penempatan Israel Beitar Illit di Tebing Barat yang diduduki penduduk Israel. - Foto Reuters
BURUH bekerja di tapak pembinaan di penempatan Israel Beitar Illit di Tebing Barat yang diduduki penduduk Israel. - Foto Reuters

Zionis luluskan 6,000 permit rumah pendatang haram Yahudi

BAITULMAQDIS: Israel akan membina 6,000 rumah baharu untuk pendatang Yahudi di Tebing Barat, namun hanya meluluskan 700 permit rumah penduduk Palestin.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi petunjuk bahawa Israel mahu menjadikan penempatan Yahudi di Tebing Barat sebagai wilayahnya, ketika beliau cuba meraih sokongan pelampau Yahudi.

Bagaimanapun, tindakan itu bertentangan dengan banyak kuasa dunia yang menganggap semua penempatan itu dibina secara haram di atas tanah Palestin.

Kebanyakan penempatan haram itu tertumpu di Kawasan C Tebing Barat yang menurut perjanjian damai sementara Oslo pada 1993 dikawal sepenuhnya oleh Israel.

Pihak berkuasa Israel, hari ini, memaklumkan bahawa kabinet Netanyahu sudah meluluskan permit untuk 6,000 rumah baharu pendatang Yahudi dan hanya 600 permit rumah penduduk Palestin di Kawasan C.

Katanya, nisbah yang jauh berbeza itu perlu untuk mengekang pembinaan haram. - Reuters

Berita Harian X