Rabu, 31 Julai 2019 | 3:19pm
38 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut manakala 17 yang lain cedera selepas sebutir bom meletup ketika bas membawa penumpang melintas di barat Afghanistan, hari ini. - Foto AFP
38 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut manakala 17 yang lain cedera selepas sebutir bom meletup ketika bas membawa penumpang melintas di barat Afghanistan, hari ini. - Foto AFP

38 maut, 17 cedera bas langgar periuk api

KABUL: Sekurang-kurangnya 38 orang termasuk kanak-kanak dilaporkan maut manakala 17 yang lain cedera selepas sebutir bom meletup ketika bas membawa penumpang melintas di lebuh raya terletak antara dua bandar utama di barat Afghanistan, hari ini.

Jurucakap polis wilayah, Mohibullah Mohib berkata, letupan berlaku di lebuh raya berhampiran kawasan Ab Khorma di wilayah Farah yang menghubungkan ibu kota wilayah Herat dan Kandahar.

“Bom itu baru ditanam oleh pemberontak Taliban yang menyasarkan pasukan keselamatan Afghanistan dan pasukan asing,” katanya.

Setakat ini, pegawai Taliban tidak memberi sebarang komen atau mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

Dalam pada itu, kerajaan dan pegawai perubatan berkata, angka mangsa yang terbunuh dan cedera semakin meningkat kerana bom baru ditanam oleh pihak Taliban, yang ketika ini menguasai banyak wilayah sejak pengusiran mereka hampir 18 tahun lalu. - AFP

Berita Harian X