Selasa, 16 Julai 2019 | 1:39am
Periuk api di Afghanistan. - Gambar hiasan
Periuk api di Afghanistan. - Gambar hiasan

11 maut trak langgar periuk api

KABUL: Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas sebuah trak dinaiki mereka melanggar periuk api di selatan Afghanistan, hari ini.

Jurucakap gabenor Kandahar, Hayatullah Hayat berkata, letupan berlaku di daerah Khakrez, Kandahar kira-kira waktu tengah hari.

Seorang pegawai kanan kesihatan berkata, 22 kanak-kanak dan lapan wanita antara dilaporkan cedera parah dalam insiden itu.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab. Namun, pemberontak Taliban menyatakan mereka sering menggunakan bom yang diletakkan tepi jalan dan periuk api untuk menyerang pasukan keselamatan.

Tahun lepas, kira-kira 1,415 penduduk Afghanistan terbunuh atau cedera akibat periuk api dan peluru yang tidak meletup.

-Reuters.

Berita Harian X