Selasa, 9 Julai 2019 | 10:44am
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam.

Rang undang-undang ekstradisi kontroversi dimansuh sepenuhnya - Carrie Lam

HONG KONG: Ketua Eksekutif Hong Kong Carrie Lam berkata hari ini, rang undang-undang ekstradisi yang mencetuskan krisis politik terbesar di wilayah itu sejak beberapa dekad lalu kini dimansuhkan sepenuhnya.

Dalam sidang medianya, Lam mengakui hasrat kerajaan untuk merealisasikan undang-undang berkenaan dianggap satu kegagalan.

Rang undang-undang berkenaan yang akan membolehkan penduduk bandaraya itu dihantar ke tanah besar China untuk dibicarakan, mencetuskan bantahan jalanan besar-besaran dan menjerumuskan wilayah bekas jajahan British itu ke kancah huru-hara.

Pertengahan Jun lalu, Lam menggantung rang undang-undang terbabit susulan bantahan mega itu namun tindakannya gagal meredakan krisis berkenaan apabila penunjuk perasaan terus membuat bantahan menentang perundangan kontroversi sambil menggesa pemimpin yang mendapat sokongan China itu meletak jawatan. - Reuters

Berita Harian X