Selasa, 21 Mei 2019 | 1:20pm
Sebagai tambahan kepada tuduhan keganasan, pengganas kulit putih dari Australia itu berdepan 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh dalam serangan 15 Mac lalu. -Foto Agensi
Sebagai tambahan kepada tuduhan keganasan, pengganas kulit putih dari Australia itu berdepan 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh dalam serangan 15 Mac lalu. -Foto Agensi

Penyerang Christchurch hadapi tuduhan keganasan

WELLINGTON: Suspek yang dipercayai menembak mati 51 jemaah di dua masjid Christchurch, New Zealand, Mac lalu, hari ini dituduh secara rasmi kerana melakukan jenayah keganasan, kata polis.

Polis dalam satu kenyataan berkata, tuduhan yang difailkan ke atas Brenton Tarrant itu adalah mengikut undang-undang tindakan keganasan.

“Satu pertuduhan mengikut Seksyen 6A, Akta Tindakan Keganasan 2002 difailkan ke atas Brenton Tarrant,” kata polis.

Katanya, susulan pertuduhan tambahan itu, Tarrant kini berdepan 51 tuduhan membunuh dan 40 cubaan membunuh dalam serangan pada 15 Mac di Bandar South Island.

Tarrant dijangka dihadapkan semula ke mahkamah Jun ini. - AFP/Reuters

Berita Harian X