Ahad, 12 Mei 2019 | 9:23am

8 pengganas maut di Arab Saudi

RIYADH: Lapan anggota sel ‘pengganas’ terbunuh semalam dalam serbuan dilakukan polis di kubu kuat minoriti Syiah di Qatif, timur Arab Saudi, lapor media.

Rangkaian yang baru dibentuk itu bersedia melancarkan aktiviti ‘pengganas’ terhadap keselamatan negara itu, lapor Agensi Media Saudi (SPA), memetik kenyataan jurucakap keselamatan negara.

Beliau berkata, mereka dibunuh selepas melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan yang mengepung unit kediaman pangsapuri di penempatan Sanabis.

“Kami meminta mereka menyerah diri tetapi tidak mendapat balasan dan menembak pasukan keselamatan,” katanya.

Tiada penduduk awam atau pasukan keselamatan cedera dalam operasi itu.

Wilayah timur Arab Saudi termasuk Qatif menyaksikan peningkatan ketegangan sejak 2011 apabila kebangkitan rakyat Arab mula diadakan di jalan raya. — AFP

Berita Harian X