Ahad, 5 Mei 2019 | 8:18pm
KEADAAN rumah yang musnah selepas dilanda siklon Fani di Puri. - Foto Reuters
KEADAAN rumah yang musnah selepas dilanda siklon Fani di Puri. - Foto Reuters

33 maut, ratusan ribu hilang kediaman angkara siklon Fani

PURI: Ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal, selepas ribut siklon yang membawa angin selaju 200 kilometer sejam melanda timur India.

Pihak berkuasa hari ini berkata, banyak bumbung rumah tercabut selain pencawang elektrik dan telekomunikasi musnah.

Sekurang-kurangnya 3 orang terbunuh, selepas siklon Fani melanda negeri Odisha, Jumaat lalu dan mujur sejuta orang terselamat, selepas mereka berpindah ke pusat perlindungan, sebelum ribut tiba ke darat.

Jika pemindahan besar-besaran itu tidak dilakukan, beberapa hari sebelum ribut terbabit tiba ke darat, jumlah kematian mungkin lebih tinggi, menurut pihak berkuasa.

“Siklon ini sudah mengorbankan 21 orang di Puri dan 300 mangsa lain cedera,” kata pegawai perubatan di Puri, Brajabandhu Dash. - Reuters

Berita Harian X