Ahad, 5 Mei 2019 | 4:19pm
Anggota tentera berkawal di pusat pengundian di Anantnag, bulan lalu. - Foto AFP

Militan bunuh ahli politik di India

SRINAGAR, India: Suspek militan pemisah yang menembak mati pemimpin tempatan daripada parti pemerintah pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi di kawasan bergolak Kashmir menjelang pusingan terbaharu pilihan raya India, kata polis hari ini.

Pembunuhan yang berlaku di daerah Anantnag, India, di negeri majoriti penduduk Islam di India adalah kekacauan terbaharu dalam rentetan serangan yang merosakkan pilihan raya India yang bermula sejak bulan lalu.

Kumpulan militan itu melepaskan tembakan ke arah Gul Mohammad Mir, 65, yang mengetuai cabang Parti Bharatiya Janata (BJP) tempatan, di rumahnya di selatan Kashmir, semalam.

Menurut polis pusat pengundian yang akan digunakan di daerah itu esok sudah dibakar di kawasan berhampiran daerah Shopian.

Jumlah pengundi di Kashmir, India, keluar mengundi hampir 10 peratus dalam pusingan sebelumnya dan Anantnag dijangka berdepan kesukaran esok, menjelang pusingan kelima pembuangan undi yang memasuki minggu keenam yang bakal berakhir pada 19 Mei. Keputusan bakal diumumkan empat hari kemudian.

Pembunuhan ahli politik adalah perkara biasa ketika pilihan raya India yang sengit dengan persaingan parti serta politik serantau yang bergolak. - AFP

Berita Harian X