Jumaat, 3 Mei 2019 | 1:47am
Ribut siklon Fani kini berada di Teluk Bengal kira-kira 275 kilometer di selatan barat daya kawasan Puri. - Foto AFP
Ribut siklon Fani kini berada di Teluk Bengal kira-kira 275 kilometer di selatan barat daya kawasan Puri. - Foto AFP

Siklon Fani, 1.2 juta penduduk India terpaksa pindah

BHUBANESHWAR: India meningkatkan usaha memindahkan lebih sejuta penduduk kawasan pesisir pantai di timur laut negara itu, ketika ribut siklon yang semakin kuat menghampiri kawasan daratan, hari ini.

Difahamkan, ribut siklon Fani yang amat kuat kini berada di Teluk Bengal kira-kira 275 kilometer di selatan barat daya kawasan Puri.

Pihak berkuasa turut menyediakan banyak kereta api khas untuk memindahkan pelancong dengan semua kawasan pantai didapati kosong.

Keseluruhannya, kira-kira 1.2 juta orang dijangka dipindahkan dari kawasan rendah di 15 daerah di negeri Odisha, timur India ke pusat perlindungan, sekolah dan beberapa bangunan lain, kata pihak berkuasa.

Setakat ini, seramai 800,000 penduduk sudah berpindah. - Reuters

Berita Harian X