Selasa, 23 April 2019 | 1:36pm
Gambar diambil di bandar timur laut Korea Utara di Rason, berhampiran sempadan China dan Russia. - Foto AFP
Gambar diambil di bandar timur laut Korea Utara di Rason, berhampiran sempadan China dan Russia. - Foto AFP
Jong-un dan Putin dijangka bertemu di bandar pelabuhan timur Russia di Vladivostok, sama ada esok atau Khamis. - Foto Reuters
Jong-un dan Putin dijangka bertemu di bandar pelabuhan timur Russia di Vladivostok, sama ada esok atau Khamis. - Foto Reuters

Jong-un jumpa Putin esok atau lusa

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un akan mengunjungi Russia tidak lama lagi untuk pertemuan pertamanya dengan Presiden Vladimir Putin, lapor media tempatan hari ini, mengesahkan pengumuman Kremlin.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA berkata, Jong-un akan mengunjungi Persekutuan Russia atas jemputan Putin.

“Mereka akan mengadakan perbincangan ketika lawatan,” kata kenyataan ringkas. KCNA bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut bila atau di mana kedua-dua pemimpin akan bertemu.

Minggu lalu, Kremlin berkata, Putin dan Jong-un akan bertemu di Russia pada minggu kedua April namun tidak memberi butiran lanjut.

Mereka dijangka bertemu di bandar pelabuhan timur Russia di Vladivostok, kemungkinan pada Rabu atau Khamis.

Rasmussen bercakap kepada media selepas mengumumkan tarikh pilihan raya negara itu. -Foto Reuters
Rasmussen bercakap kepada media selepas mengumumkan tarikh pilihan raya negara itu. -Foto Reuters

Ia adalah pertemuan pertama antara pemimpin Korea Utara dan Russia sejak Kim Jong-il, bapa pemimpin terkini bertemu Dmitry Medvedev lapan tahun lalu.

Russia memiliki hubungan mesra dengan Pyongyang serta menyediakan bantuan makanan dan Putin sekian lama menyatakan kesediaan beliau bertemu pemimpin rejim.

Pertemuan mereka diadakan kurang dua bulan selepas rundingan di Hanoi, Vietnam, antara Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump gagal tanpa sebarang perjanjian.

Penganalisis berkata, Jong-un bertemu Presiden China Xi Jinping empat kali dalam tempoh setahun namun kini mencari sokongan meluas antarabangsa susulan pertikaian itu.

Moscow sudah menggesa sekatan antarabangsa ke atas Pyongyang dikurangkan sementara AS menuduhnya cuba membantu negara itu mengelak beberapa sekatan, tuduhan dinafikan Russia. - AFP

Berita Harian X