Rabu, 27 March 2019 | 7:51pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Wanita lahirkan anak kembar, sebulan selepas bersalin

DHAKA: Seorang ibu di Bangladesh mengejutkan doktor apabila melahirkan bayi kembar sihat, selepas 26 hari bersalin anak pertama dalam keadaan pra matang.

Arifa Sultana, 20, melahirkan seorang bayi lelaki, bulan lalu, menerusi kaedah semula jadi, namun doktor terlepas kewujudan uterus kedua.

“Beliau tidak sedar bahawa masih mengandungkan sepasang bayi kembar. Air ketuban beliau pecah lagi pada hari ke-26, selepas bayi pertama dilahirkan,” kata pakar sakit puan, Sheila Poddar.

Podder menjalankan pembedahan kecemasan untuk melahirkan pasangan bayi kembar itu, seorang lelaki dan seorang perempuan, Jumaat lalu.

Wanita muda yang tinggal di daerah Jessore, barat daya Bangladesh itu dibenarkan pulang ke rumah dengan tiga bayi sihat, semalam. Podder berkata, tiada komplikasi dialami beliau.

“Saya tidak pernah melihat kes sebegini sepanjang karier perubatan selama 30 tahun,” kata ketua doktor kerajaan di Jessore, Dilip Roy. - AFP

Berita Harian X