Jumaat, 22 March 2019 | 9:58am
Bintang Korea Selatan K-pop Jung Joon-young (tengah) diiringi pegawai polis menunggu keputusan mahkamah di Pengadilan Daerah Seoul di Seoul, Korea Selatan. - Foto EPA

Bintang K-pop ditahan sebar video seks

SEOUL: Bintang K-pop Jung Joon-young ditahan beberapa jam selepas meminta maaf kerana merakam dan menyebarkan video lucah dalam skandal yang mengejutkan industri hiburan Korea Selatan.

Minggu lalu, penyanyi dan penulis lirik itu mengaku merakam dan menyebarkan perlakuan seks dirinya tanpa izin pasangan.

Video sekurang-kurangnya 10 wanita itu dikongsi di satu ruang sembang mudah alih pada 2015 dan turut diterima rakan artis K-pop, Seungri dari BINGBANG.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengeluarkan waran tangkap lewat semalam, beberapa jam selepas Joon-young muncul di mahkamah dan meminta maaf di atas perbuatannya, lapor agensi berita rasmi Yonhap.

“Saya minta maaf. Saya melakukan satu kesalahan yang besar dan mengakui kesalahan itu,” katanya.

Sebaik perbicaraan selesai, artis berusia 30 tahun itu digari dan dibawa ke balai polis sementara menunggu tindakan mahkamah yang seterusnya.

Joon-young mengumumkan bersara dari industri hiburan minggu lalu termasuk dua penyanyi lelaki lain, selepas mengaku menonton video lucah terbabit. - AFP

Berita Harian X