Khamis, 21 March 2019 | 9:42am
MASJID Al Noor. - Foto EPA
MASJID Al Noor. - Foto EPA

Dua masjid dibuka semula untuk solat Jumaat

CHRISTCHURCH: Masjid Al Noor yang dihujani peluru sudah dibaik pulih, dicat dan dibersihkan menjelang solat Jumaat esok, ketika keluarga yang kesedihan mengebumikan ramai lagi mangsa pembunuhan beramai-ramai paling buruk di New Zealand.

Perdana Menteri, Jacinda Ardern, mengumumkan azan Jumaat akan disiarkan di seluruh negara dan bertafakur selama dua minit.

Polis bersenjata mengawal masjid seluruh New Zealand selepas 50 terkorban dalam tembakan dilakukan pengganas kulit putih yang menyerang jemaah di dua masjid di Christchurch.

“Kami akan menambah kehadiran anggota polis esok dalam usaha memastikan keselamatan umat Islam yang menunaikan solat Jumaat.

“Polis bertugas tanpa henti, melakukan apa yang terdaya untuk mengumpulkan bukti dari lokasi jenayah aktif supaya dapat membolehkan penduduk kembali ke masjid seberapa segera,” kata polis dalam kenyataan.

Kedua-dua masjid yang menjadi sasaran, Al Noor dan Linwood, dirancang dibuka semula.

Ribuan jemaah dijangka mengunjungi masjid Al Noor, lokasi majoriti jemaah terkorban. —Reuters

Berita Harian X