Isnin, 18 March 2019 | 8:16am
Police tape stretches across a road as police inspect and guard the area outside the New South Wales (NSW) state police headquarters located in the south western Sydney suburb of Parramatta, Australia, October 2, 2015. REUTERS/David Gray
Police tape stretches across a road as police inspect and guard the area outside the New South Wales (NSW) state police headquarters located in the south western Sydney suburb of Parramatta, Australia, October 2, 2015. REUTERS/David Gray

Polis Australia geledah rumah ada kaitan dengan penembak

SYDNEY: Polis anti keganasan Australia menggeledah dua kediaman awal hari ini yang dikaitkan dengan lelaki bersenjata yang dituduh membunuh 50 orang di dua masjid New Zealand minggu lalu, kata polis.

Kediaman itu terletak di Sandy Beach dan Lawrence, New South Wales, kedua-duanya berhampiran Grafton di mana Brenton Tarrant, membesar.

“Matlamat utama aktiviti ini adalah untuk mendapatkan bahan bukti secara rasmi bertujuan membantu polis New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan,” kata polis dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, keluarga Tarrant ‘terus membantu siasatan polis’ tetapi tidak ada maklumat yang menunjukkan bahawa masyarakat sedang berdepan ‘ancaman semasa atau di masa akan datang’.

Tarrant, yang obses dengan ketuanan kulit putih, menghabiskan masa mudanya di Grafton tetapi sering ke luar negara sejak sedekad lalu dan beberapa tahun kebelakangan ini menetap di Dunedin, New Zealand.

Dia didakwa melakukan pembunuhan di negara itu selepas melepaskan tembakan rambang Jumaat lalu hingga mengorbankan 50 orang dan mencederakan 50 yang lain di dua masjid di bandar Christchurch.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Peter Dutton, hari ini berkata, Tarrant menghabiskan hanya 45 hari di Australia sepanjang tempoh tiga tahun terakhir dan tidak berada dalam senarai pengganas. - AFP

Berita Harian X