Sabtu, 9 March 2019 | 1:41am
ANGGOTA paramedik membantu mangsa yang tercedera ketika tunjuk perasaan di sempadan Gaza. - Foto AFP
ANGGOTA paramedik membantu mangsa yang tercedera ketika tunjuk perasaan di sempadan Gaza. - Foto AFP

42 cedera, seorang maut ditembak Zionis

GAZA: Seorang penduduk Palestin maut sementara 42 mangsa lain cedera akibat ditembak penembak hendap Israel di sempadan Gaza, semalam, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza.

Menurut kenyataan jurucakap kementerian itu, 42 orang ditembak tentera penjajah Zionis, ketika tunjuk perasaan aman minggu ke-50. Katanya, empat anggota perubatan turut cedera.

Seorang jurucakap tentera Israel berkata, kira-kira 8,400 penunjuk perasaan berkumpulan di beberapa lokasi di sepanjang pagar keselamatan Semenanjung Gaza.

“Mereka membaling letupan dan batu ke arah pagar keselamatan dan tentera selain membakar tayar. Tentera bertindak balas mengikut prosedur operasi standard,” katanya.

Tunjuk perasaan dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza bermula, sejak 30 Mac tahun lalu. Mereka mendesak pelarian Palestin dibenarkan kembali ke kediaman asal yang kini dalam Israel. - AFP

Berita Harian X